Sunday, 7 August 2016
Saturday, 21 May 2016
Perkhidmatan Pembersihan Kawasan
Terkini!
Kami menawarkan Perkhidmatan Pemotongan dan Pembersihan Rumput. Kadar harga terkini adalah seperti berikut:
Rumah 'Bungalow': Dari RM100-RM200
Rumah 'Corner Lot': Dari RM80- RM120
Rumah 'End Lot' : Dari RM50-RM80
Rumah 'Intermediate': Dari RM40-RM70
Rumah Kampung: Dari RM150-RM400
Pembersihan (tambahan) luar rumah: Dari RM50-RM150
Perkhidmatan Cucian Longkang: Dari RM25-RM70
Susun/Kemas Pasu Bunga: Dari RM40-RM100.
Perkhidmatan lain:
Masjid: Dari RM80-RM150
Taman permainan: Dari RM100-RM200
Dusun: Dari RM150/1 ekar-RM500/1 ekar
Kolam ikan: Dari RM80-RM150
Ladang: Dari RM200/1 ekar-RM500/1 ekar
Penebangan Pokok: Dari RM40/sebatang pokok
Nota:
Perkhidmatan ini hanya untuk kerja-kerja pemotongan dan pembersihan rumput sahaja. Caj RM15 dikenakan kepada pelanggan sekiranya menggunakan barangan lain dari Easycuci Malaysia.
Persetujuan harga (lapangan) adalah berdasarkan keputusan bersama di antara Pelanggan dan Penyelia
Barangan lain ialah Plastik sampah, Pencakar rumput dsbnya.
Perubahan harga, tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
Monday, 11 April 2016
Idea Susun Atur Dapur.
Dapur adalah bahagian rumah yang paling sukar untuk dikekalkan kekemasannya bukan. Tambahan pula jika tuan empunya dapur memang banyak menghabiskan masa untuk memasak di sini.
Selain sedap mata memandang, keadaan dapur yang kemas akan memudahkan anda mencari barangan dan perkakas ketika sedang memasak.
Idea susun atur dapur.
Sangkut bekas kecil dan pasang hook dalam ruangan dalam pintu kabinet. Ruangan ini tidak harus dibazirkan bukan. Bolehlah anda meletakkan barangan dapur yang kecil-kecil dalam bekas tersebut dan menggantungkan peralatan yang sesuai di hook yang dipasang ( pastikan hook tersebut dipasang betul-betul kukuh ya). Selain memanfaatkan ruangan ini, dapur juga tidak nampak berserabut kerana barangan ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat dari luar.
Kredit: Wanista
Tips Kemas Rumah.
Tips Kemas Rumah.
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? kami percaya kebanyakan daripada kita, biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah kita lipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkut pakaian sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat terus dan sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton rancangan TV. Terutamanya ketika menonton rancangan TV yang kita suka. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
Kita buat untuk memudahkan urusan kita.
Tip Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda.
Tip Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda.
Jika anda merupakan seorang hijabi atau berminat dalam mengumpulkan skarf/tudung, anda pasti mempunyai koleksi tudung yang sangat BANYAK! Dan apabila anda memiliki terlalu banyak tudung, mungkin agak sukar untuk anda menguruskan tudung-tudung itu dengan kemas di dalam almari pakaian anda.
Anda boleh menyusun tudung-tudung anda dengan mudah di dalam rak-rak yang ada di rumah anda, ataupun anda boleh juga membeli rak-rak dengan harga yang berpatutan di Ikea. Ini adalah satu cara menyusun yang sesuai untuk mereka yang mempunyai koleksi tudung yang banyak dan mahu menggunakan ruangan simpanan dengan maksimum.
Melipat tudung adalah satu cara yang agak leceh, lebih-lebih lagi apabila anda mahu mengambil hijab yang terletak di bahagian bawah. Jadi, saya lebih suka untuk menggulung tudung-tudung itu, teknik ini menyenangkan proses penyimpanan dan juga memudahkan anda untuk mencari tudung untuk dipakai pada satu-satu masa!
Kredit: Zolace
Friday, 8 April 2016
Latihan Tim EasyCuci
Apa itu Latihan?
Secara umumnya latihan adalah aktiviti yang di rancang dan di anjurkan bagi mempelajari teknologi dan kaedah dalam pembangunan tingkah laku, membina pengetahuan dan meningkatkan kemahiran secara sistematik supaya seseorang itu memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas pada standard yang ditentukan.
Apakah Matlamat Latihan?
Untuk meningkatkan keupayaan pasukan dengan cara menggunakan secara maksimum prestasi ahlinya secara efisyen.
Di Easycuci Malaysia, kami hanya menghantar kru yang telah menghadiri latihan sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)